Membina fungsi audio mp3

Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memasukkan fungsi audio mp3 kedalam blog. Cara yang biasa digunakan ialah dengan menyalin kod HTML dari sites yang menyediakan fungsi tersebut dan pastekan ke dalam blog anda. Antara sites yang menyediakan fungsi itu ialah:

http://www.esnips.com
http://musicplayer.sourceforge.net
http://www.radioblogclub.com
http://www.clickcaster.com

Satu cara lagi ialah dengan membina mp3 player secara manual dalam blog anda.

Untuk membina fungsi mp3 secara manual, anda memerlukan flash player yang bertindak sebagai pemain audio dan audio(mp3) yang hendak dimainkan.

Bagi pemain audio(flash player),anda boleh menyalin embed code di bawah dan paste ke dalam notepad terlebih dahulu.

Manual play:

<embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" allowscriptaccess="always" flashvars="valid_sample_rate=true&external_url=masukkan URL audio mp3 di sini" type="application/x-shockwave-flash" height="40" src="http://www.odeo.com/flash/audio_player_standard_black.swf" width="300" wmode="transparent"></embed>

Auto play:

<embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" allowscriptaccess="always"flashvars="auto_play=true&valid_sample_rate=true&external_url=masukkan URL audio mp3 di sini" type="application/x-shockwave-flash" height="40" src="http://www.odeo.com/flash/audio_player_standard_black.swf" width="300" wmode="transparent"></embed>

Kemudian, pergi ke www.upload-mp3.com. Anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan ianya adalah percuma. Setelah selesai proses pendaftaran, muat naik(upload) lagu mp3 anda dan tunggu sehingga proses upload tamat. Salin url bagi mp3 yang anda ingin masukkan ke dalam blog. Hanya salin url tersebut seperti contoh yang di bawah ini.

http://www.upload-mp3.com/files/53697_rrnfd/ACAB-Setelah.mp3

Setelah selesai menyalin url tersebut, kembali ke notepad yang telah anda paste kan dengan embed code audio (flash player) tadi dan paste kan url mp3 anda pada perkataan masukkan URL audio mp3 di sini.

Akhir sekali, salin embed code yang telah siap di edit itu dan paste ke dalam blog anda ataupun di ruangan column tepi. Membina fungsi audio mp3

{ 31 comments.. read them below or add one }

FANA FANA 10:01 PM
mixpod.com pun boleh
Persatuan Guru Pelatih Islam IPIK Persatuan Guru Pelatih Islam IPIK 11:27 PM
bro..cmne nak buat bila kta buka j blog scra automatic mp3 play?
Nescafe ais Nescafe ais 11:32 PM
Ya cikgu.Hehe

Cuma salin kod pada youtube, paste pada blog, default settingnya memang autoplay.
Mi vida Mi vida 11:02 AM
salam nescafe,cmne nk bg dia autoplay??dh ikut sume arahan,tp mmg x autoplay pun..betul ke default setting dia dah auto?
Nescafe ais Nescafe ais 3:12 PM
@Mi vida

Ok, dah dah di masukkan kod untuk autoplay
Nescafe ais Nescafe ais 3:13 PM
@Persatuan Guru Pelatih Islam IPIK

Ok, gua dah masukkan kod untuk autoplay
Mi vida Mi vida 7:53 PM
syukr0n ya sama kang nescafe (^_^)
Mi vida Mi vida 8:08 AM
salam bro,nk tny lagi...ade x cara nak masukkan bnyk lagu secara manual?cara yang ni just satu lagu je kan?

pastu nak tnya..knp kalau kat mixpod,hanya ade video bila kita try cari lagu...x jumpe yg format audio,dan disebabkan tu,kita xleh nk guna skin music player yg utk mp3 sahaja....(huhu,faham x soklan ni...)
Mi vida Mi vida 6:20 PM
salam bro,nk tny lagi...ade x cara nak masukkan bnyk lagu secara manual?cara yang ni just satu lagu je kan?

pastu nak tnya..knp kalau kat mixpod,hanya ade video bila kita try cari lagu...x jumpe yg format audio,dan disebabkan tu,kita xleh nk guna skin music player yg utk mp3 sahaja....(huhu,faham x soklan ni...)
Nescafe ais Nescafe ais 6:37 PM
@Mi vida

Tu kena explore sendiri. Gua tunjuk kat sini setakat basic saja. Kalau nak yang lagi advance kena rajinkan tangan mengoogle. Hehe
Dak Wan Dak Wan 6:48 PM
Pendapat teman, akhir sekali tu patut nasihat jangan guna autoplay, nanti viewer mesti drop nya. Pastu letaklah widget ni kat atas sekali supaya orang boleh stop kalau tak suka. Btol tak? Anyway, tqs nes sebab lu banyak ajar wa tips yg pelik2.
Mi vida Mi vida 9:43 PM
ok la bro..ape pun trimas (ayat kecewaaa)..huhu :(
Nescafe ais Nescafe ais 10:38 PM
@Dak Wan

Haha. Gua setuju pendapat Dak Wan. Memang sepatutnya audio di setkan manual play. Kalau siapa yang nak dengar baru dia klik play. Bukan semua visitor suka benda macm ni. Mungkin kita sorang saja yang suka.
Nescafe ais Nescafe ais 10:39 PM
@Mi vida

Jangan kecewa bro. Banyak-banyakkan bersabar. Hehe
Mi vida Mi vida 12:07 AM
haha..bro..x kecewa dah...dah dpt apa yg ana nak..yessss!!!!ape pun,atas bantuan bro gak..thnx yay!!
AnonymousAnonymous 3:45 AM
ape nir?? hmm xphm2..
Mohamad Adam Haikal Mohamad Adam Haikal 10:28 PM
done.. hari tuh buat xmenjadik.. hari ok lak.. hahahaha.. lup u nes
Mohamad Adam Haikal Mohamad Adam Haikal 10:29 PM
nak tnyer cam ne kalo nak msokkn byk mp3 ek?
kod yg same just repeat or ader koding len?
pls.. help me... :)
miezan miezan 5:58 AM
ah bayak yang telah di kemukakan tapi ada yang saya cari masih tak jumpa..
bagaimana nak buat playlis sendiri dalam blog kita.dan nak set kan untuk player kita

terima kasih telah bayak tunjuk ajar yang telah saya dapat dr blog ni

terima kasih lagi sekali
Nasrina Nasrina 10:35 PM
saya nak tanya..sy dh masukkan player gratisan muzik yg saya ambil drpd fullmusik.com... tp sbb apa xdengar pun lagunya... huk
Nasrina Nasrina 10:36 PM
salam..sy nak tanya..sy dh masukkan player gratisan muzik dari laman web fullmusik.com tp sbb apa xdgr apa2 pun..huk..cmana sbnarnya nk wat..
PRSsesma PRSsesma 5:57 PM
x boleh lar..cammana ni~~
zumay zumay 2:47 AM
Okay ..bagus betul tips kat blog anda ..banyak terima kasih
InfantiaHouse InfantiaHouse 5:29 PM
tak leh pun... nak upload mcm susah je...dah 3 jam tunggu...tapi tak upload gak...
tolong~
InfantiaHouse InfantiaHouse 6:11 PM
mcm tak jadi je :-(
rossa alina rossa alina 1:02 PM
jadi la..hehehe...cuma warna xmenarik..kalau nk tukar warna bole??uhuk!!
24 Hours On9 Shopping 24 Hours On9 Shopping 11:33 AM
salam bro.saya da pastekan kod ke dalam blog..tp dlm blog 2 tulis must be at most 256 characters..cam ne 2? x dapat la..
n!da n!da 6:20 PM
bro ekceli kt mane nk msukkan code tu?
ad widget html ye?

knp ek aku bwt jadik? hoho. die kuar kosong jerk?
huhuu
.aLhaNk diAry .aLhaNk diAry 12:55 PM
ada ngag cara masukin lagu yg klo pas di buka blognya langsung keputar otomatis tanpa macet-macet lagunya..??
tolong yahh..
ada tutorialnya ngak...??