Memasang shout box (ruangan sembang)

Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan anda bagaimana memasang widget ruangan sembang (shout box) seperti cbox ataupun shoutmix.

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah pergi ke website shout box tersebut dan buat pendaftaran(register) dan ianya percuma . Bagi cbox linknya ialah http://cbox.ws/getone.php dan bagi shoutmix pula ialah http://www.shoutmix.com/main/signup.php. Setelah selesai membuat pendaftaran (register), copy tag HTML bagi shout box tersebut dan pastekan pada notepad terlebih dahulu. Edit saiz shout box tersebut supaya ianya muat apabila di letakkan pada column tepi blog anda.

Setelah selesai mengedit, copy tag HTML tersebut, login ke blog anda dan klik Dashboard => Layout => Add a Gadget (bahagian column tepi) => HTML/JavaScript . Pastekan tag HTML tersebut pada ruangan content dan letakkan title bagi shout box tersebut. Contohnya ruangan sembang atau ruangan borak dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Setelah selesai, klik save.

Drag n drop widget shout box tersebut pada bahagian mana yang anda fikir sesuai untuk di letak pada layout anda. Memasang shout box (ruangan sembang)

{ 9 comments.. read them below or add one }

NahDaTuLIzaH NahDaTuLIzaH 11:19 PM
Nescafe ice...
Camne nak adjust size shoutbox tu ek?
Izah nye shoutbox agak lebar la....
nak kasik die kurus ckit...leh tak rase-rasenye?
Nescafe ais Nescafe ais 12:27 AM
To Nahdatul Izah

Edit pada angka width. Kurangkan sikit angkanya
~~!![m][[y][a]!!~~ ~~!![m][[y][a]!!~~ 6:07 PM
cemane mo wat shout box?
Ahmad B Ahmad B 9:55 PM
shoutbox tu untuk http://www.sbox.ws atau http://www.cbox.ws
Iza Iza 9:52 PM
apa beza cbox dgn shoutmix?
Iza Iza 2:42 PM
Aku nk tya, mcm mna nak gantikan SHOUTBOX tu kepada perkataan lain? kod apa yg perlu digantikan?
Maksud aku shoutbox yg nyorok-nyorok tu.....
Cik Ton Cik Ton 2:18 PM
terima kasih...saya berjaya mencuba...