Memindahkan visitor secara auto daripada URL blog lama kepada URL blog yang baru



Apabila kita membina sebuah blog yang baru, akan timbul sedikit kesulitan kepada visitor yang masih belum lagi mengetahui URL blog kita yang baru. Cara yang biasa digunakan untuk memaklumkan kepada visitor yang melawat blog kita yang lama adalah dengan meletakkan nota berserta URL blog yang baru.

Terdapat satu cara yang lebih mudah, iaitu dengan memasang kod 'auto direct link' yang mana, apabila visitor melawat ke blog kita yang lama, secara automatik visitor tersebut akan dipindahkan ke blog kita yang baru. Anda boleh melihat contohnya di sini ataupun taipkan URL akutestlagi.blogspot.com pada adress bar browser anda.

Untuk membina 'auto direct link', anda hanya perlu meletakkan satu kod yang ringkas dan mudah pada script template blog yang lama.


Langkah 1

Salin dan edit kod berwarna biru dibawah pada notepad. Gantikan teks yang di bold dengan URL blog yang baru.

<meta content='0;url=http://gantikan URL blog anda pada teks ini' http-equiv='refresh'/>


Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.


Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F dan taipkan atau paste kod <head> pada ruang Find. Seterusnya tekan Enter.


Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit (rujuk langkah 1) dan paste di bawah atau selepas kod <head> (rujuk langkah 3)

Akhir sekali, klik preview dan jika tiada mesej error yang terpapar, klik saja Save.

p/s: Apasal tajuk entri ni dah macam karangan pulak dia punya panjang.

{ 17 comments.. read them below or add one }

FiFFyMaFiA (",) FiFFyMaFiA (",) 8:55 PM
tq. aku simpan dlm ghobok dlu ko nye entry ni. kalau ak ade plan nak tuka domain ke link ke haper ke aku bukak balik. haha
Fyzal Fyzal 10:16 PM
aiseyman.. ni baru aku tau boleh pindah auto.. dulu aku ade tukar URL.. tp tatau pulak pasal benda ni

baguih2.. thanks buddy for sharing.
Dak Wan Dak Wan 4:00 AM
Yup, info yg berguna gak nih. Tqs nes.. :)
alifbro alifbro 5:51 AM
useful tips. tq.
zuar zuar 3:50 PM
nice info...:-)
wansteddy wansteddy 8:07 PM
bagusnya kalau dpt info ni b4 aku delete blog lama huhu...
NadNod NadNod 11:43 PM
thanks for sharing :P
kulop ludin kulop ludin 12:42 AM
good info...
thanks for sharing tuan tanah..
and thanks also to dak wan yang menginfo blog ni!!
dakkerek92 dakkerek92 12:10 AM
kalo xde head tu cmne ek?? nak paste ktne..
::ienafazlyna:: ::ienafazlyna:: 3:51 PM
knpe tak redirect pun nie
MofizPutra.com MofizPutra.com 4:17 PM
kenapa tk jd pun..huhuhu.. tp blog saya jd auto refsh plk, past letak link tuh..
Anem arnamee Anem arnamee 2:25 PM
Salam.

good tips. hihi. kekdg org pk benda ni susah:)
AzimAzim 12:56 AM
langkah 1 tu kt kna letak url blog lama atau baru?
HEMA HEMA 7:38 AM
tq kongsi tips ini
abah khalisha abah khalisha 2:30 PM
Terbaik..dah try..menjadi...hehehehehehehe
Norcahaya Ali Norcahaya Ali 7:28 PM
takde pun :( btw nak letak blog lama ke baru ??