Kod etika blogger. Adakah kita seorang blogger yang sentiasa beretika ?


Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.

Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?

Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.

Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?

Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Sumber kod etika: Utusan Malaysia Online

p/s: Agak-agaknya, adakah kita dah mematuhi standard menjadi seorang blogger yang beretika. Heh.

{ 28 comments.. read them below or add one }

mr nazreen mr nazreen 2:25 PM
nice info..
thankss..
Melz Melz 3:32 PM
good point :)
Decorater [MisS N] Decorater [MisS N] 3:46 PM
erkk..daku tak dapat nak agak..
:
;
:
masih merenung n memikir entry di ats
..nOj.. ..nOj.. 3:48 PM
thanks utk peringatan itu... soklan tu xleh nk jawab... hahaha
ABDUL RAZAK ABDUL RAZAK 3:57 PM
goog reminder...thanx
MrsNor MrsNor 4:02 PM
salam
nak kata setuju 100% pendapat utusan tu tak ler.. pendpt utusan tu lebih sesuai utk blogger politik tp utk blogger tp kalau blogger cikai or blogger kecik cam akak yg dok tulis suka2 aje...perlukan etika spt utusan tu tulis???
Nescafe ais Nescafe ais 4:10 PM
@MrsNor

Hehe. Bukan untuk politik sahaja. Umum. Semua blogger. Walaupun blog kita cikai dan tulisan kita juga cikai, etika tetap etika. Kalau tengok, blogger cikai macam kitalah yang suka buat kontroversi. Sikit-sikit kutuk, gaduh, maki hamun..
Nescafe ais Nescafe ais 4:11 PM
@mr nazreen

sharing is caring
Nescafe ais Nescafe ais 4:12 PM
@Melz

Haha. Gua terpaksa menyekemakan tulisan gua untuk entri ini
Nescafe ais Nescafe ais 4:13 PM
@Decorater [MisS N]

Hehe. Benda ni hanya info.
Nescafe ais Nescafe ais 4:14 PM
@..nOj..

Gua sendiri pun terkial-kial juga nak jawab. Hehe
Nescafe ais Nescafe ais 4:14 PM
@ABDUL RAZAK

Sharing is caring
sukiminna sukiminna 5:21 PM
@394245940501546021.0
sharing is sexy..woot2
Nescafe ais Nescafe ais 5:35 PM
@sukiminna

Sexy is hot. Haha
sukiminna sukiminna 5:38 PM
@2344720244440790257.0
cam salah grammar je ni..
bukan mengskemakan ke? wahahaha..
aku bm dapat B ar.
kalau salah tolong tunjukkan
Nescafe ais Nescafe ais 5:56 PM
@sukiminna

Dua-dua juga salah. Mana ada menyekemakan dan mengskemakan. Haha.
CharMiea CharMiea 6:12 PM
macam satu pun tak kena dengan gua.
tapi gua peduli apa.
gua nak tulis blog jugak.

heh.
sukiminna sukiminna 6:15 PM
@1004066343172821775.0
oh kira da sesat dari awal la ni..cis
Nescafe ais Nescafe ais 6:16 PM
@CharMiea

Haha.Lu nak tulis? Tulislah...tulislah. Heh.
Nescafe ais Nescafe ais 6:17 PM
@sukiminna

Sesat lagi menyesatkan. Haha
CharMiea CharMiea 6:21 PM
perlu ke tulis blog?

bukan taip blog?
hahaha.
Dak Wan Dak Wan 10:27 PM
@2609319478805552783.0

Kenapa buku yang ditaip kita tulis hasil penulisan? Bukan hasil penaipan?
beautiful_rose beautiful_rose 11:03 PM
ermm y nieh aku dh tgk byk da...blogger y saling kutuk mengutuk maki memaki...x tau nak komen pe dah..msg2 punye pendpt.kang sala ckp x pasl2 die hentam kite lak.so,aku pilih untuk jd pemerhati bebas........huhuhuh
Nescafe ais Nescafe ais 11:08 PM
@CharMiea

Yelah. taiplah..taiplah..Pakai taipwriter pun tak apa. Heh
Nescafe ais Nescafe ais 11:10 PM
@Dak Wan

Hehe. Dia bergurau saja tu. Maklumlah kanak-kanak riang.
Dak Wan Dak Wan 7:02 AM
Ni link teman... http://sue-sygckit.blogspot.com/2009/12/code-of-ethics.html
Fid  a.k.a  Unrez Fid a.k.a Unrez 4:44 PM
nice nescafe ais.. sedap dibaca sma seperti minum secawan nescafe ais.. =P
Fatt Chin Choy Fatt Chin Choy 9:41 AM
laaa
tu blog formal blh ler
kami blog main2 jer
underground
siap kena block RTM lagi blog aku neh

hehe...