Cara mudah tukar favicon di blogspot


Terdapat satu cara yang paling mudah jika anda ingin menukar icon favicon blog. Contoh icon favicon yang telah di tukar tersebut boleh anda lihat pada gambar yang di tunjukkan di atas.

Untuk menukar ikon tersebut, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Bina satu image yang bersaiz 50px x 50px. Anda juga boleh menggunakan gambar muka anda sendiri jika perlu.

Langkah 2

Upload image tersebut pada file hosting. Anda juga boleh upload image tersebut pada post dan klik Save. Seterusnya, salin URL image tersebut.

Bagi anda yang upload image tersebut pada post, URL yang di highlightkan pada contoh gambar di bawah adalah URL bagi image yang di upload itu.


Langkah 3

Paste URL image( rujuk langkah 2) dan paste pada teks Masukkan URL image di sini pada kod berwarna biru di bawah.

<link href='Masukkan URL image di sini' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Contoh kod yang telah di edit:

<link href='http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/S3j7-N2gKMI/AAAAAAAAA7U/-jpaq7_j2No/s320/favicon.jpg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Langkah 4

Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. 

Langkah 5

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan taip atau paste kod ]]></b:skin> pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 6 

Salin kod yang telah siap di edit tadi( rujuk langkah 3) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod ]]></b:skin>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.
Cara mudah tukar favicon di blogspot

akhirnya.. dh lm cr tutorial nie, hihi.. tq3:D

Terima kasih mmg tercari2 juga bender nie TQ :)

terima kasih nes...dah try dah...jadi tq hehehe

aku pun dah berjaya...cara yang lebih mudah.. tapi langkah 3 lebih mudah kalau copy paste kat notepad dulu

soalan tak brape bijak dr saye:-

Langkah 1

Bina satu image yang bersaiz 50px x 50px. Anda juga boleh menggunakan gambar muka anda sendiri jika perlu.- cmne nak bina image tu??

@nora

Pakai gambar avatar yang ni pun boleh. Tak payah nak bina dah.Kehkeh.

salam nscafe ais

sorry offtopic
http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/cara-ban-ip-address-visitor.html

dah try tuto ban ip adress tapi lepas buat, buka blog terus direct ke web ini http://vietwebguide.com

help me solve this plsss tq in advance

@yangyuyu

Dah jawab dalam email. Tq

bro cara nie kua kt mozilla je la, IE dengan GC x kua

@naurasales

Cara ni keluar pada broser Firefox dan Google chorme. IE memang tak keluar.

As Salam..bleh guna utk semua Blog ka?WP bleh dak?

@Ns

Wsalam.

Saya tak berapa pasti, kod ni boleh guna untuk wordpress atau tidak. Cuba try masukkan dalam css.

kat firefox jadi..kat Google chrome x kuar pun....cmne nih??

@zaMir

Cuba delete semula kod yang dah di paste dalam script template tu. Guna kod yang atas tu.

Saya tengok kod yang kamu guna tak ada type='image/x-icon'/

Salam..
Baru berjaya masukkan gbr sendiri.
thanks..

ahh, tak jadi lah. ade error. macam mane tu? tolong laa

terima kasih.. love ur tutorial <3

salam..
mcm mn yer nk wat photo jd 50px x 50px..puas sy cube ikot paint n sunlitgreen..ttp x balance..:(

ok..sy dh brjaya edit pic tp bler dh paste kod ttp error msg kuar n sy xleh nk save..mcm mn yer..hurm...

file hosting tu ape?

jadi pun..
enkiu share..

time kaseh daun keladi ,
klu boley , ajaq lah lagi ,
:) mekasyehhhh (:

Alhamdulillah... Berjaya..

Pengalaman ana, untuk dapat cari link bagi gambar yg kita kehendak itu, ana upload melalui folder fail gambar kecil tu disimpan ke photobucket dan copy link HTML dr photobucket (telah diwujudkan di situ) dan paste pada status FaceBook. Kemudian, kita cuba klik link yang boleh buka gambar tersebut. Bila dh klik link yang boleh buka gambar kecil (50x50) tu barulah ana edit di HTML mengikut kod yang telah diberikan....

Anonymous
delete

assalamualaikum. akhi nescafe ais, Alhamdulillah jadi. :) terima kasih. :)

dah try. time kasih time kasih ^^

ad erroer la.. msti dy ckp mcmni mcmne nk sleseaikan mslh ni? ape2 yg bkaitan dgn edit HTML. msti xdpt save..

We were unable to save your template

Please correct the error below and submit your template again.
More than one widget was found with id: HTML3. Widget IDs should be unique.
tlg ana plz.... =(

boleh x sye share tutorial nie??

comel lahh.. tQ ;))

cikphiey89.blogspot.com
rajin2 singgah lew...
baru jew berjinak2..
ngee~