Tutorial membina image,banner dan header beranimasi dengan software AleoFlash









Kepada anda yang berkeinginan untuk membina image gambar, header atau banner yang beranimasi (berformat gif atau swf), terdapat satu software yang dinamakan Aleo Flash yang sangat berguna dan mudah untuk dipelajari terutamanya kepada beginner yang tidak mempunyai asas dalam flash animasi. 

Amat mudah untuk mempelajarinya kerana software Aleo Flash ini tidak akan memeningkan kepala anda dengan tool yang pelbagai. Anda hanya perlu memilih saiz dan warna background, jenis teks, jenis animasi dan effect. 

Image, header atau banner animasi yang telah siap kemudiannya boleh diuploadkan dahulu ke dalam file hosting seperti photobucket atau swfcabin dan kemudiannya di paste ke dalam blog anda.

Untuk memuat turun software Aleo Flash ini, sila klik pada download link di bawah ini. Fail software adalah dalam format Rar. Setelah selesai download, anda perlu extract fail tersebut menggunakan WinRar sebelum di install ke dalam hard drive komputer anda.

Download Aleo Flash     Download WinRar


Cara buat Flash Header dengan Aleoflash 

Klik pada Panel Size and sound yang terdapat disebelah kiri.Ubah nilai width dan height mengikut saiz header blog anda. Contohnya width: 800px dan height: 600px (saizheader untuk template classic minima). Pada background sound, untick pada kotak Play background sound in Flash movie jika tidak mahukan ada efek bunyi. Pada bagahian Options pula, untick kotak Generate compressed Flash movie dan Add preloader to Flash movie.


Panel Background=  Anda boleh memilih sama ada menggunakan transparent background ataupun Solid color ataupun background berstail dengan Gradient color. Anda juga boleh masukkan image atau flash dibahagian Background image and flash movie


Panel Effect = Anda boleh memilih efek yang dirasakan bersesuaian untuk background. Terdpat 37 jenis efek untuk background yang boleh di cuba. Bahagian Key dan Value juga boleh diedit mengikut kesesuaian. 


Panel Text and image= anda boleh masukkan teks yang sesuai ataupun  tajuk blog. Untuk mengubah font,klik pada tab Edit font style dan kemudian klik pada icon Edit selected font style. Anda boeh memilih jenis font, saiz, style dan warna. Anda juga boleh memasukkan image yang sesuai dengan klik pada Add image.

Untuk memasang efek pada teks, klik pada tab Effect dan anda boleh memilih sehingga 57 jenis efek. Jika anda mahu menambah lagi image atau teks, hanya klik pada Add image atau Add text.

Untuk mengubah kedudukan teks atau tajuk blog, anda boleh mengubahnya pada tab Positition.Untuk lebih mudah, gunakan Use relative position. Edit nilai pada bahagian Offset untuk vertical dan horizontal sehingga anda berpuas hati dengan kedudukan teks tersebut.

 Pada tab Web Link, anda boleh masukkan URL pada teks tersebut. Tick pada Open web page when user click on the text. MAsukkan URL blog anda pada ruang URL address

Jika anda ingin mengubah speed atau delay teks tersebut, ada boleh mengubahnya pada bahagianDisplay as dynamic text. Jika inginkan teks tersebuat berkeadaan statik tanpa efek, tick padaDisplay as static text on background.


Panel Publish= Setelah selesai dan berpuas hati dengan header tersebut, klik pada Panel Publish dan seterusnya klik butang Publish. Pada pop up window yang muncul, tick pada Publish as Flash movie(.swf). seterusnya klik Ok. Namakan dan Save file tersebut.


Cara upload dan masukkan file swf (flash) pada blog


Untuk masukkan file swf pada blog, file tersebut hendaklah terlebih dahulu di upload pada file hosting. Swfcabin adalah satu site hosting percuma untuk file yang berformat swf. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1


Namakan file yang hendak di upload pada ruang Title. Seterusnya, klik pada Browse dan klik Openpada file swf yang hendak di upload. Kemudian, klik pula pada Publish Swf

Langkah 2

Salin URL pada Navigation toolbar. 

Contoh: http://www.swfcabin.com/open/1263452734

Edit URL dengan menggantikan open kepada swf-files dan menambah .swf selepas angka.

Contoh URL yang di edit: http://www.swfcabin.com/swf-files/1263452734.swf

Langkah 3

Salin kod biru di bawah dan paste pada notepad. Gantikan teks masukkan URL file swf di sinidengan URL yang telah siap di edit (rujuk langkah 2).

Sila edit angka pada width dan height mengikut kesesuaian size paparan flash tersebut.


<embed src="masukkan URL file swf disini" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed>

Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit( rujuk langkah 3) dan paste pada post ataupun sidebar.
Tutorial membina image,banner dan header beranimasi dengan software AleoFlash

salam tuan.. sy ada masalah dengan templete blog saya..kenapa post sy ada dua..satu di tengah n satu lagi di sidebar.. bagaimana saya nak hilang kan di sidebar.. saya dah cuba delete guna layout tetapi tidak berhasil.. minta tolong bantu tuan.. terima kaseh.. ini link blog saya.. http://thescreammer.blogspot.com/

salam..
kelihatan menarik
sebab saya memang tengah
mencari softwares nak
buat banner blog..
thanks bro..bila senang
nak explore

@DaUS
wsalam. Benda tu kena edit dalam script template.

@Nescafe ais

tuan..sy dah edit script tue..bila saya dah siap edit saya nak save script tu tak boleh..

tapi dia keluar error code la tuan..

ini code nya. error code : bX-1hgxyd.

mintak tolong tuan

@DaUSSila ke Facebook page saya.

Salam.macamana nak download software tu.