10 Freeware Graphic Design terbaik

Biasanya seorang graphic designer memakai software berbayar iaitu Adobe illustrator (teks,font,vector) dan Adobe Photoshop (image editing,effect) ataupun Macromedia Flash

Ada juga yang boleh muaturun secara percuma tetapi risikonya adalah tinggi seperti lesen yang mungkin sudah expire,tool atau effect yang tiada pada original software dan lain-lain lagi. Untuk itu kepada yang berminat dalam bidang grafik dan ingin belajar saya telah senaraikan 10 Terbaik Program Design Freeware yang boleh di muaturun secara percuma

Secara peribadi bukan sahaja percuma,freeware memang sangat berguna untuk mereka belajar asas-asas grafik serta aplikasinya sangat mudah di gunakan dan user-friendly.

1. GIMshop

Aplikasi ini sesuai untuk mengedit gambar yang menyerupai seperti Adobe Photoshop,penggunaannya adalah senang dan mudah difahami.



2. FastStone Photo Resizer 

FastStone Photo Resizer iaitu konverter gambar percuma dan resizer bertujuan membolehkan para pengguna (khususnya pemilik kamera digital) untuk menukar saiz,memotong,menambah teks,watermark dengan mudah dan cepat. Aplikasi ini menyokong format BMP,JPEG, JPEG 2000, GIF dan PNG



3. IrfanView

IrfanView adalah untuk paparan gambar cepat dan kompak. Ia senang bagi pengguna yang baru nak bermula dan profesional pun boleh menggunakannya. Menyokong banyak format fail serta mempunyai ciri-ciri multi bahasa, pilihan imej ringkas, browsing director cepat,ecditing, perubahan warna, crop serta effect seperti sharpen dan blur.



4. Picasa


Memindahkan, mencari, mensusun, mengedit dan berkongsi foto menjadi senang dengan penggunaan aplikasi ini. Ia secara otomatik menetapkan semua foto anda ke album yang menurut tarikh. Menyokong format JPEG, DIF, BMP, PSD dan fail movie. Mengesan driver USB dari kamera digital dan import terus ke album. Alat edit seperti crop,removal of red-eye, tukar ke warna hitam putih mudah untuk di gunakan.



5. Paint.NET

Paint.NET adalah aplikasi untuk editing dan memanipulasi imej yang direka untuk komputer yang menggunakan Window sahaja. Ciri-ciri anataramuka intuitif dan inovatif dengan sokongan layer,unlimited undo,special effect dan pelbagai alat yang sangat berguna. 



6. Inkscape

Open Source grafik vektor editor dengan kemampuan serupa Adobe illustrator, CorelDraw atau Xara X. Inkscape menyokong banyak sekali ciri-ciri terkini seperti marker,clones,alpha blending dan lain-lain.



7. SmoothDraw

SmoothDraw adalah perisian yang mudah digunakan untuk freehand drawing. Boleh menghasilkan stroke yang paling halus dan efektif dengan pengguna tablet


8. InsightPoint

Sesuai untuk mereka yang mahu berkongsi idea dengan melakukan persembahan yang mantap. InsightPoint dicipta untuk graphic design,ilustrasi dan persembahan (presentations). Untuk menyelesaikan tugas-tugas yang rumit yang banyak dapat dilakukan jika di bandingkan powerpoint atau alat persembahan yang lain.


9. Synfig Studio

Synfig Studio sesuai bagi mereka yang mahukan animasi 2D, dengan menghilang keperluan untuk membuat animasi dengan frame ke frame anda boleh hasilkan animasi yang berkualiti. Synfig Studio menyokong Windows, Linux dan MacOS X.



10. Blender 

Blender ialah Open Sources untuk 3D Modelling, rendering, animasi,post-production. Ia tersedia untuk semua operasi utama dibawah GNU General Public Licence.


10 Freeware Graphic Design terbaik

Memang terbaik software2 ni.. makasih

tq for sharing. berguna sngt info ni :)

tq for sharing....
sgt2 berguna sbb i love design :)

waaaa.. open source :) tapi tak pernah guna pun.huuhu


psst~ photoscape tak de ke? :)

thanks untuk info nih. boleh la edit2 gambo dgn care yg senang. ngeh2x...

dari list diatas saya lebih suka Inkscape, untuk yang lainya hanya beberapa yang pernah coba, tambahan lain alternatif terbaik photoshop yaitu GIMP, GIMP sangat powerfull dan bisa di gunakan di banyak platform termasuk linux, coba cek link ini untuk referensi tambahan : Software Photo Editing – Gimp

Anonymous
delete

Alhamdulillah... Ada juga dari Malaysia. Pening aku baca yang Indon punya.

Anonymous
delete

Lagi satu. Camne cara nak buat poster dengan cepat ye? dan percuma. Biasa orang guna photoshop kan? tapi mahallah dan payah nak guna.