GetMyBusinessOnline. 10 000 domain percuma menanti anda


Sebagai sebahagian dari Get Malaysian Business Online kami menawarkan syarikat-syarikat Malaysia laman web percuma dan domain .com.my untuk 10,000 peserta pertama. Peserta-peserta berikutnya akan mendapat harga istimewa RM23 setahun. Sebagai tambahan kami akan menyediakan tips dan latihan berterusan serta kredit percuma RM200 untuk Google AdWords. Lawati halaman Mula Sekarang untuk menikmati tawaran ini.

Apakah yang ditawarkan Google kepada syarikat kecil dan sederhana Malaysia?

Kami menawarkan penyelesaian lengkap untuk membantu perniagaan bertapak online termasuk:
  • Laman web khusus percuma yang mudah dikemaskini
  • Alamat .com.my percuma kepada 10,000 peserta pertama. Peserta seterusnya menerima kadar istimewa sebanyak RM23.
  • Yuran pembaharuan diskaun sebanyak RM23
  • Tips dan pendidikan berterusan
  • Percubaan AdWords sebanyak RM200 dengan sokongan pakar melalui telefon
Kami juga akan menyediakan akses kepada alat-alat, sumber, sokongan dan latihan bagi memastikan perniagaan-perniagaan mendapat semua bantuan yang diperlukan untuk bertapak online.

Adakah benar semua ini percuma atau berdiskaun? Apa kos tersembunyi?

Sukar dipercayai namun benar! Kami memberikan semuanya percuma atau pada kadar yang sangat murah - alat laman web, hosting, domain, sumber dan sokongan yang anda perlukan. Kami komited untuk membantu syarikat kecil dan sederhan untuk bertapak online, jadi ini adalah cara kami menjadi ekosistem online di Malaysia.

Bagaimana Saya Memulakan Laman Web Saya?

Ada beberapa perkara yang anda perlukan untuk bermula:
  • Akaun Google (contoh; akaun Gmail)
  • Nombor telefon
  • Komputer, tablet atau netbook dengan akses internet
  • Masa sekitar 30 minit untuk membina laman web anda
Sekiranya anda belum berbuat begitu, bina laman web anda sekarang!

Adakah nama domain .com.my akan menjadi milik saya?

Pendaftaran domain adalah sah untuk tempoh setahun dari tarikh pembelian. Setiap tahun anda perlu memperbaharui pendaftaran anda pada harga istimewa RM23 untuk mengekalkannya pemilikan domain. Registrar domain akan memberi notis awal bila sudah tiba masa untuk pembaharuan.

Adakah laman web saya dimasukkan secara automatik ke dalam indeks carian Google? Adakah saya memerlukan apa-apa untuk Search Engine Optimization (SEO)?

Ya. Laman web anda dihantar ke indeks Google sebaik sahaja anda menerbitkannya kepada awam di Business Sitebuilder. Namun, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk laman web anda mula muncul dalam hasil carian. Apabila laman web anda diindeks, laman web anda akan mula mencul apabila orang ramai mencari perkataan-perkataan yang muncul di laman web anda melalui Google. Oleh itu, pastikan menggunakan perkatan-perkataan yang digunakan para pelanggan untuk mencari apabila menerangkan perniagaan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila baca terma dan syarat di sini

GetMyBusinessOnline. 10 000 domain percuma menanti anda

menarik .. tp dah ada domain sndiri ... dot com saje cukup rasenye ;)

ini lebih kepada bussines kan?

Tawaran yang amat menarik.