Tips mengelakkan email dari dipenuhi Spam


Email inbox anda selalu dipenuhi Spam ? Ianya sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna email seperti kita. Umpama tidak sah kalau tidak ada spam. Spammer selalunya mempunyai kaedah dan teknik untuk mendapatkan email kita. Selalunya spammer memasang robot yang akan bergerak dalam Internet dan mengumpulkan email dari laman web. Secara amnya sebaik-baiknya email penuh tidak dipaparkan di dalam laman web seperti abc@gmail.com

Antara langkah yang patut diambil adalah dengan tidak menunjukkan ianya adalah format email dan manusia mampu memahaminya sebagai alamat email seperti:


" Anda bolehlah mengemailkan kepada saya di user at gmail dot com , user [@] gmail [.] com dan sebagainya."


Ini merupakan langkah pertama jika anda mempunyai laman web.

Langkah seterusnya adalah anda sebaiknya mempunyai 2 alamat email dimana satu untuk urusan rasmi dan satu lagi untuk kegunaan biasa. Email rasmi adalah untuk urusan kerja-kerja rasmi dan kedua adalah untuk kegunaan harian. Email rasmi haruslah tidak digunakan ketika mendaftar apa-apa pun di Internet. Dan email harian adalah untuk anda menggunakan servis-servis di Internet yang memerlukan pendaftaran umpama seperti Email, Forum dan lain-lain.

Di sini anda akan dapati email spam akan masuk ke email harian anda dan bukan email rasmi. Selalunya laman-laman web yang memerlukan pendaftaran ini akan mengumpul email anda dan menghantar spam. Anda terkejut ? Itu sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mempromosikan produk mereka. Yang lebih merisaukan lagi, email kita dijual kepada syarikat yang membayar untuk mendapatkan email-email yang didaftarkan di laman web mereka.

Langkah ketiga jika spam yang mempunyai "unsubscribe" (berhenti melanggan). Sila pastikan betul-betul ianya adalah "unsubsribe". Selalunya laman web terkenal akan menghormati hak anda dan tidak akan menghantar email lagi. Namun ada kaedah spammer dengan meletak email untuk "unsubscribe" tetap sebenarnya adalah "subscribe" (melanggan) email mereka. Apabila ini berlaku spammer akan mengetahui alamat email ini adalah berfungsi dan anda kerap menggunakannya. Hati-hati di dalam hal ini.

Langkah keempat, kita selalunya menghantar forward email kepada rakan-rakan kita. Dan disinilah spam boleh mendapatkan maklumat dari email anda. Forward email tidak digalakkan dimana kita mengambil langkah mudah apabila selesai dibaca terus di forward tanpa diedit ruangan subject dan isi. Apatah lagi kita memforward alamat email kawan-kawan kita dan menyerahkan pada orang yang tidak kita kenali. Tips mengelakkan email dari dipenuhi Spam

6 comments.. read them below or add one

Maria Jaberi Maria Jaberi 12:18 PM
macamana pulak nak hentikan email spam yg takder 'unsubscribe'.dah tu email tersebut hanya menghantar satu link..sy cuba utk menghentikan email tersebut,tapi tidak tau macamana??
zulkbo zulkbo 2:30 AM
salam..
nice info..ada terdengar teknik
yang sama dari pakar komputer
Azli Faad di Bernama Radio24
tempohari
Nescafe ais Nescafe ais 6:52 AM
@Maria JaberiTick pada email tu dan klik Repots Spam
Nescafe ais Nescafe ais 6:53 AM
@zulkboWsalam. Tq bro atas infonya
Syat0za Zai Syat0za Zai 4:54 AM
terima kasih bro nes! :D
Kazen Kazen 2:08 AM
betul tu cara kite expose emel pun kene aware lah... jgn men letak n taip je...ak punye yahoo mail memang berlambaklah spam tp gmail zero spam haha :)