Anwar Tidak Berani Saman - Dr. M



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yakin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk mengambil tindakan mehakamah ke atas bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Menulis Esei Yayasan Kepimpinan Perdana-Yayasan Maybank 2012, semalam.

Mantan Perdana Menteri itu turut mempersoalkan kenapa pemimpin pembangkang itu tidak menyaman bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid yang membuat perisytiharan berkanun, yang mendakwa, antara lain, Anwar mempunyai 20 akaun induk.

"Saya berpendapat beliau patut saman Abdul Murad. Beliau juga patut saman Ummi Hafilda Ali, kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan mursyidul amnya Zahid Md Arip.

"Beliau patut saman mereka kerana dengan cara itu, beliau boleh menutup mulut mereka, seperti beliau menutup mulut saya selama lima tahun (merujuk kepada satu saman fitnah RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya)," sindir Dr Mahathir.

Media melaporkan Anwar didakwa mengawal 20 akaun induk yang diurus kroninya, termasuk aset, saham dan wang berjumlah lebih RM3 bilion.

Sumber: http://www.klpos.com
Anwar Tidak Berani Saman - Dr. M