BN boleh rampas 90 kerusi pembangkang


Pemuda Umno akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda Umno menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.

“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama Parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda Umno, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

"Kawasan itu ditakrifkan sebagai atas pagar dan jika diberi tumpuan yang lebih serta dilipat gandakan usaha, saya percaya BN boleh menang, lagi pun kekalahan di parlimen terbabit pada pilihan raya umum lepas hanya sedikit dan tipis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan Pemuda Umno Pulau

Pinang. Seramai 350 penerima terdiri daripada warga emas, fakir dan orang kelainan upaya menerima wang tunai dan barangan keperluan.

Khairy berkata, menerusi kaji selidik yang dijalankan itu juga mendapati sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 90 parlimen berkenaan boleh dimenangi BN.

 Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan mengabaikan kawasan Parlimen yang dimenangi BN dan akan mempertahankan kerusi tersebut.

“Pemuda juga memberi perhatian kepada parlimen-parlimen yang memang menjadi kubu kuat kita supaya kerusi di situ dipertahankan dan saya percaya dengan tumpuan khusus di 90 kawasan yang dikenal pasti itu, BN akan mampu memperoleh kemenangan dua pertiga," katanya. - Bernama
BN boleh rampas 90 kerusi pembangkang

0 comment... add one now