Gempa bermagnitud 6.1 gegar timur laut Jepun

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Ritcher menggegarkan timur laut Jepun, malam tadi. Namun, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan. Gempa pada kedalaman 40 kilometer itu berlaku kira-kira 120 kilometer dari bandar Hakodate, utara pulau Hokkaido, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). - AFP
Gempa bermagnitud 6.1 gegar timur laut Jepun