Kakitangan awam Negeri Sembilan terima cek bonus Raya


Seramai 6,797 orang penjawat awam, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun di negeri ini menerima bayaran imbuhan atau bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minima RM500.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bayaran yang dibuat sebagai menghargai jasa penjawat awam itu juga adalah yang paling bersejarah kerana ia disampaikan dalam bentuk cek dan dibuat serentak di 12 lokasi.

"Seramai 4,173 penjawat awam negeri, 2,289 kakitangan pihak berkuasa tempatan manakala 335 penerima dari agensi badan berkanun negeri menerima imbuhan yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.9 juta," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian imbuhan setengah bulan gaji dan bayaran minima RM500 kepada 1,000 penjawat awam negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mat Ali Hassan, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan peringkat negeri serta persekutuan.

Sumber: http://www.bernama.com/ Kakitangan awam Negeri Sembilan terima cek bonus Raya

0 comment... add one now