Kereta di stesen minyak simpan 14 mayat


Polis menemui mayat 14 lelaki dalam sebuah kenderaan berhampiran stesen minyak di utara bandar raya di Mexico kelmarin.

Keganasan biasa berlaku di bandar itu dengan terbaru kejadian berbalas tembakan meletus antara askar dan kumpulan bersenjata beberapa jam selepas itu, membunuh tiga orang di bandar sama, kata pihak berkuasa.

“Mangsa dalam kenderaan itu ditembak mati dan ada bukti menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan dadah,” kata jurucakap pejabat pendakwa negeri San Luis Potosi, Gabriela Gonzalez.

Tiga penjenayah maut 

Beberapa jam selepas penemuan itu di bandar raya San Luis Potosi, pertempuran antara tentera dan kumpulan bersenjata menyebabkan tiga penjenayah maut, kata tentera dalam kenyataan. Dua lagi ditahan.

Pertempuran memaksa universiti memberi amaran kepada penuntut, menutup bangunan dan membatalkan kelas petang. Pihak berkuasa tidak menyebut sama ada ia berkaitan dengan penemuan 14 mayat itu.

Medan pertempuran 

San Luis Potosi menjadi medan pertempuran antara kumpulan Zetas dan sekutu sindiket dadah Sinaloa.

Dalam tindakan ganas berasingan di utara, kumpulan bersenjata menggantung dua lelaki di jambatan di Monterrey dan menembak mangsa sehingga mati ketika pengguna kenderaan yang ketakutan menyaksikan kejadian tengah hari kelmarin, kata polis negeri Nuevo Leon.

Penjenayah menggantung dua lelaki berkenaan pada pergelangan tangan di jambatan pejalan kaki sebelum menembak mereka. - AP

Sumber: http://www.bharian.com.my/
Kereta di stesen minyak simpan 14 mayat

cmne la dierg susun 14 orang tu boleh muat kereta