'Tweet' Nizar tentang bendera Malaysia 'Sama Seperti Pengkhianatan'


'Tweet jalur malang' bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang menghina bendera kebangsaan, boleh disamakan dengan pengkhianatan, kata Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok.

"Saya benar-benar terkejut dan jijik dengan tweet yang dibuat oleh ahli Patrlimen PAS Pasir Panjang apabila dia menghina Jalur Gemilang. Ia seperti pengkhianatan yang dilakukan seorang pemimpin PAS dengan menghina bendera kebangsaan kita," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Dilaporkan tweet Nizar telah menyebabkan kritikan daripada pelbagai pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Nizar pada Isnin telah membuat 'tweet': "Janji ditepati malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!

Loh mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ini bukan kali pertama Pakatan menghina bendera kebangsaan.

"Pada bulan September tahun lepas, ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan juga dengan bangganya mendakwa bahawa dia telah mengedarkan bendera DAP kepada pengundinya bukannya Jalur Gemilang dengan alasan bahawa bendera itu kelihatan lebih kepada BN berbanding rakyat Malaysia.

"Dan Jalur Gemilang kita menyerupai bendera kebangsaan Amerika Syarikat.

"Selain itu, beliau mendakwa Pakatan Rakyat akan mereka bentuk bendera kebangsaan kita apabila mereka mengambil alih kerajaan persekutuan," kata Loh.

Beliau menambah satu-satunya sebab Pakatan Rakyat tidak meluluskan cadangan DAP adalah kerana maklum balas yang kurang memberangsangkan oleh rakyat Malaysia terhadap kritikan yang dilemparkan pada simbol negara kita.

"Melihat objektif mereka menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan untuk kepentingan politik mereka telah gagal, mereka telah dipaksa untuk meminta maaf kepada rakyat atas kenyataan mereka yang tidak sensitif," katanya.

Beliau juga menegur Pakatan Rakyat yang terdesak mengadakan sambutan hari kebangsaan berasingan bagi dengan menggunakan tema dan lagu berbeza.

Sumber: http://mstar.com.my/

0 comment... add one now