Semak dan bayar saman trafik PDRM, JPJ secara online dan SMS

Semakan saman trafik PDRM boleh dibuat secara online di laman web Sistem Semakan Online SSO Polis DiRaja Malaysia. Untuk semakan saman secara online, sila klik link dibawah.
Semak saman Polis secara SMS

Taipkan:
POLIS[jarak]SAMAN[jarak]No Kad Pengenalan atau No kenderaan

Contoh:
POLIS SAMAN 801010121234 
POLIS SAMAN AAA1234

Hantarkan SMS ke 15888


Semakan saman Jabatan Pengankutan Jalan JPJ boleh dibuat secara online di portal rasmi Jabatan Pengankutan Jalan JPJ. Untuk semakan saman secara online, sila klik link dibawah.
Semak saman JPJ secara SMS

Taipkan:
JPJ[jarak]SAMAN[jarak]No Kad Pengenalan atau No kenderaan

Contoh:
JPJ SAMAN 801010121234
JPJ SAMAN AAA1234

Hantarkan SMS ke 15888


Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut

1. Melalui Internet Online
       
Bayaran secara online boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :

www.myeg.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit
www.rilek.com.my

* Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.

2. Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.)

   Kaunter Trafik COPS

Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.

   Kaunter JPJ yang terpilih
  • JPJ Johor Bharu 
  • JPJ Kuantan 
  • JPJ Seberang Prai Tengah (SPT) 
  • JPJ Ipoh 
  • JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur 
  • JPJ Padang Jawa, Selangor 
  • JPJ Kuala Terengganu
   Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah
  • TERMINAL ONE Seremban 
  • PERANGIN MALL Pulau Pinang 
  • QUEENSBAY MALL Pulau Pinang 
  • JAYA JUSCO Ipoh 
  • THE CURVE Petaling Jaya 
  • IOI MALL Puchong 
3. Melalui Mesin ATM Maybank
       
Bayaran boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut :

Langkah 1
    >Pilih 'PayBills' pada menu utama

Langkah 2
    >Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'

Langkah 3
    >Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru

Langkah 4
    >Pilih akaun untuk bayaran

Langkah 5
    >Pilih saman perlu dibayar

 * Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan.
 * Pra-pendaftaran tidak diperlukan.


Cara bayar saman JPJ
  • Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar di mana-mana Pejabat JPJ.
  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.
  • Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman (JPJ P22) dan jumlah bayaran.
  • Bayaran yang dibuat secara tunai.
  • Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
Bayar saman JPJ secara online.

Bagi saman yang boleh di kompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 sahaja bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut.
www.eservices.com.my
www.myeg.com.my
www.rilek.com.my
Semak dan bayar saman trafik PDRM, JPJ secara online dan SMS

lagi senang bayar dengan online.huhuhuhu tak payah beratur panjang macam dalam gambar tu...

Assalamualaikum, kami di KJN Resources & Management Resources Services menyediakan khidmat pembayaran saman melalui Myeg. Kami berpusat di Setia Tropika, Kempas, Johor. http://www.kjnmanagement.blogspot.com/

Nak bayar saman online macam mana

Saman xder diskaun ker