Daftar Untuk Mendapat Rebate Smartphone RM200

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut Rabu.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat‘.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.- Bernama

Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )

  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had); 
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Pendaftaran untuk smartphone rebate RM 200

Join the Conversation

112 Comments

  1. saya baru bekerja,belum ada no KWSP,sebelum ni saya bekerja dgn majikan lain,tapi, disebabkan dia dapat tender di sekolah lain, start januari 2013 dah tukar majikan baru ambil yg alih, saya belum tau maklumat alamat majikan baru ni, mcm mana ya? takut nanti quota untuk mendaftar dah tutup,

  2. kenapalah blog macam ini susah sangat nak daftar pun tidak tahu macamana,berilah kemudahan sikit untuk faham

  3. salam admin cmna sya nk semak kalu sya dh daftar..n lg satu adik sya baru lepasan pelajar IPT dan belum m'dpt p'kerjaan..adakah dia layak untuk m'mohon rebate smartphone nie…

  4. Mana ada Langgan jalu lebar…. Aku pegi Takyah Guna line pun.. jgn tertipu dgn Berita2 yg tak benar… HAIZZZ~~

  5. Saya dah habis belajar tetapi sekarang tunggu untuk tawaran degree .Bagaimana pula saya boleh dafter ?

  6. kalau nk daftar pastikan nama ada bin atau binti..sy dah daftar tp tme nk tebus kat digi xdpt sbb xsama nama kat ic wlaupun xletak bin/bint je..hampeh..byk plak songehnya..

  7. rebate saya dah tamat tempoh.. 14 april 2013.. saya hanya boleh daftar sebulan selepas tarikh tamat tempoh.. sekarand dah 20 mei 2013.. tapi masih belum boleh daftar. kenapa ya??

  8. bagus juga ada plan tawaran macam ni.
    kalau di ikutkan boleh guna pakai…
    kalau di kedai jual handphone tak ori pun jual sampai nak naik gila harga.. Pakai rebate 200 (belia) ada juga kedai tak nak jual phone kat org..biarpun 3G.

  9. sy lgi la teruk,,
    sya blum pun ambil rebat sya,,
    tapi 2 ejen digi dkt inanam bersebelahan milimewa berhadapan pejabat pos,,
    da pun tebus rebat saya tanpa kebenaran saya,,
    semasa saya pi bli kad sim,,dia tya sya cm ne,,selapas dapat my kad saya untuk daftar kad sim>
    ejen digi:sudah ambil rebat rm200..
    saya:blum lagi.
    ejen:kenapa xambil
    saya:nanti la dulu:
    ejen:na ni hp kmu cuma perlu bayar rm164.
    saya:berapa rm164,,ermm nanti la dulu,,
    terus dia bgi my kad sya n saya pun jln la,,
    jdi sekrg sya nk ambil rebat da xblh..
    semuanya gara2 ejen yang tidak bertanggjawab,,
    dan pecah amanah,,

  10. semlm sy tanye ejen kate daftar ekot tahun lahir bkn ekot bln tp nk dartar online xbole sbb blom ckop 21…pelik r..law ekot tahun da 21…

  11. isteri saya dan kakak ipar saya belum buat rebete lagi. bila nak buat tidak boleh. sebab dia cakap kita orang sudah buat sbelum ni. tipu apa ni.

  12. npe x bole buka?? hey guys… nak tanye ni,,hari tu,sy da daftar rebete….tapi,sy x tau sama ade layak ke x…cam mne nak check erhh??

  13. salam. saya dah apply dulu. tp saya punya slip tu dalam email yahoo. tp email tu ada problem dan xboleh bukak dah. mcm mana saya nak dpt kan balik slip tu.. harap reply ASAP. tq

  14. minyak dia org naik x pakai syarat pn…….td kalau nak daftar rebat nie…macam2 alasan yg menyusahkan…..dh la minyak bnyak org yg pakai….nie pula nak bnyak songgeh nak daftar……teruk….!!!

  15. Sudah tutup pula? susah la, dulu mau buka x dapat skrg tutup pula.. satu pengajaran, kalau kerajaan offer sesuatu, awal2 ikut berbaris macam PTI di Sabah

  16. kmu'org sume x prlu dftr ec online la..,juz bw ic p cwngn DG,CLCM or pe2 kdai t'phone yg da rebate ckap moe dftr ec borang rabate..senang lgi..bln nie buka smpai hjg bln 12..

  17. sya ingin mmohon untuk rebet bernilai RM 200.bagai manakah sya ingin mendaftar dengan cara yang mudah dan mendapat kelulusa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *