Bapa pemalas zalim!



 Hanya kerana berterus-terang dan memberitahu bapanya malas bekerja, seorang remaja perempuan didera termasuk kepalanya dipijak lelaki itu sehingga mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjual burger menjadikan enam anaknya berusia antara lima hingga 13 tahun sebagai mangsa dera terutama anak sulungnya hingga cedera.

Menurutnya, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai berbuat demikian kerana tersinggung dengan perbuatan anaknya mendedahkan sikapnya yang malas bekerja hingga kebajikan keluarga terabai.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu mengugut akan mengancam keselamatan anaknya sendiri sekiranya menceritakan kehidupan sebenar kepada individu lain.

Perbuatan lelaki itu, katanya, bagaimanapun terbongkar apabila JKM menerima aduan daripada beberapa jiran yang bersimpati dengan keadaan anaknya kerana kerap menjadi mangsa penderaan bapa mereka.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

1 comment... add one now

MaMa Rey MaMa Rey 8:40 AM
zalimnya bapa ni..mendera dan tak jalankan tanggungjawabnya