Wanita Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai


Wanita memacu pasaran telefon pintar. Angka baru ini jelas menunjukkan wanita mampu memonopoli penggunaan telefon pintar di pasaran.

Tidak kurang daripada 97 peratus pemilik telefon pintar wanita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebanyak 77 peratus menghantar dan menerima gambar, 59 peratus menggunakan rangkaian sosial, 24 peratus mendaftar masuk lokasi di mana mereka berada dan 17 peratus menebus kupon.

Angka bagi lelaki jauh lebih rendah dalam kategori terbabit.


Di Malaysia, wanita dijangka turut memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan telefon pintar.

Dikhabarkan lebih 55 peratus pengguna telefon pintar yang berpotensi adalah wanita dan apabila kita melihat penggunaan perkhidmatan, mereka mempunyai penggunaan rangkaian sosial yang lebih tinggi, khidmat pesanan ringkas (SMS), 'tethering' dan ucapan dipindahkan ke teks.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Wanita Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai