AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)

MAKLUMAT TABUNG

Nama TabungAMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
JenisPendapatan
KategoriEkuiti
Tarikh Pelancaran5 Ogos 2009
ObjektifObjektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
 
Pelabur Sasaran
  • Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
  • Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
 
KelayakanWarganegara Malaysia.
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus PelaburanPermodalan Nasional Berhad


MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga SeunitRM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan MinimumBuku Pelaburan - 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan - 1 unit
  • KWSP - RM1,000
Pelaburan MaksimumTiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tawaran permulaan, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit akan dikenakan bagi setiap pelabur yang berumur 55 tahun dan ke bawah manakala pelabur yang berumur melebihi 55 tahun akan dikenakan had pelaburan maksimum sebanyak 100,000 unit. Pengurus juga mempunyai budibicara untuk mengenakan sebarang had pelaburan maksimum pada sebarang tempoh yang lain.
 
Saiz Tabung14.0 bilion unit
Caj JualanTiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
 
Caj Jualan BalikTiada
Pembayaran Jualan BalikSerta-merta
Tempoh BertenangTiada
Tahun Kewangan Berakhir30 September

Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Maklumat lanjut, sila layari http://www.asnb.com.my/index.htm
AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)