Download Aplikasi myKPDNKK Ke Telefon Pintar (Smartphone)


Aplikasi myKPDNKK menawarkan pelbagai perkhidmatan secara mudah alih untuk keperluan pengguna dan peniaga dengan mudah dan cepat. Pembangunan aplikasi ini adalah untuk membolehkan pengguna dan peniaga memperoleh maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian pada bila-bila masa dengan mudah, cepat dan selesa.


Modul Price Watch contohnya membolehkan pengguna memantau harga semasa barangan harian menerusi telefon pintar. Terdapat juga kemudahan semakan status aduan, pertanyaan dan pemfailan tuntutan tribunal pengguna. Rakyat juga kini dapat menyemak senarai Kedai Rayat 1Malaysia (KR1M) yang berdekatan serta premis-premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).

Bagi peniaga pula, kini terdapat semakan senarai kursus yang ditawarkan oleh Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga status syarikat francais serta maklumat standard kepenggunaan. Aplikasi myKPDNKK ini sememangnya menawarkan kemudahan capaian maklumat dengan mudah dan ringkas.

 Aplikasi ini boleh di muat turun (download) secara percuma melalui Google Play & App Store ke semua telefon pintar (smartphone)

Sumber: mysms.gov.my
Download Aplikasi myKPDNKK Ke Telefon Pintar (Smartphone)