Masterchef: Resepi Nasi Goreng


BAHAN-BAHAN:

2 cawan nasi.
4 ulas bawang putih (dicencang).
4 ulas bawang merah (dimayang halus).
1/2 batang lobak merah (dihiris nipis).
1/4 biji kubis (dihiris halus).
2 ketul ayam (ambil dagingnya sahaja dan dipotong dadu).
2 biji telur.
2 ekor udang harimau.
2 tangkai daun sup (dihiris halus).
Sedikit daun kari.

CARA MEMBUATNYA:

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak untuk menumis.

Bila minyak panas, tumis bawang putih, bawang merah, dan daun kari sehingga garing dan berbau wangi.

Masukkan udang dan ayam.

Pecahkan dua biji telur ke dalam kuali dan gaul sebati.

Masukkan lobak merah dan kubis.

Masukkan nasi dan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.

Masukkan sedikit kicap, cili merah, dan daun sup. Gaul sebati.
Masterchef: Resepi Nasi Goreng