Masterchef: Resepi Nasi Kerabu


Bahan-bahan :

1kg beras (dibersihkan).
Air secukupnya.
2 ekor ikan kembung.
1/2 biji kelapa parut.
100gm taugeh.
100gm kacang panjang (dihiris).
10 helai daun kesum (dihiris).
Sedikit garam dan budu.

Bahan Untuk Kuah :

Dikisar :

2 biji bawang besar.
1 ulas bawang putih.
1sm halia.
1 batang serai.
Sedikit serbuk kunyit.
6 tangkai cili kering.

Tidak Dikisar :

250ml santan pekat.
Garam secukupnya.

Cara Membuat :

Masak beras dengan air secukupnya hingga air kering. Ketepikan.

Ikan kembung dibakar. Ambil isinya dan dikisar halus. Kemudian gaulkan dengan kelapa parut dan goreng tanpa minyak hingga kering. Ketepikan.

Masuk semua bahan untuk membuat kuah ke dalam periuk (kecuali garam). Masak dengan api perlahan hingga pekat. Kemudian masukkan garam secukupnya.

Cara menghidang : Hidangkan nasi dengan semua sayur-sayuran, isi ikan serta kuah dan budu.

Masterchef: Resepi Nasi Kerabu

0 comment... add one now