Cesar Ferrando Jimenez Bakal Pengurus Johor Darul Takzim JDT ?


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah melaungkan amaran awal untuk mempersiap dan memperkukuhkan skuad Harimau Selatan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Bagi menjayakan usaha tersebut, PBNJ membuat keputusan mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baharu dari Sepanyol.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pengurus baharu untuk Johor Darul Takzim (JDT) itu merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menerajui pasukan seperti Valencia dan Atletico Madrid.


"Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada para penyokong Johor bahawa langkah-langkah positif sudah diambil oleh PBNJ untuk memperkukuhkan lagi pasukan kita bagi saingan untuk musim depan.

"Saudara Fandi Ahmad juga akan terus bersama pasukan JDT sebagai penolong jurulatih," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Johor Fan Club di sini.

Difahamkan, individu yang dikaitkan untuk menerajui pasukan JDT musim depan ialah Cesar Ferrando Jimenez selain PBNJ sedang berunding dengan Juan Manuel Lillo Diez yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.

Cesar Ferrando Jimenez Bakal Pengurus Johor Darul Takzim JDT ?