Clixster Mobile Tawarkan 100 000 Smartphone Percuma


CLIXSTER Mobile Sdn Bhd kini menawarkan 100,000 unit telefon pintar secara percuma sehingga bulan depan menerusi rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB).

Promosi itu terbuka kepada semua belia di seluruh Malaysia dan telefon pintar boleh ditebus di promosi bergerak Clixster atau mana-mana kedai seluruh negara yang mempunyai banner tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, dengan hanya membeli kad sim dan tambah nilai Clixster, pelanggan akan mendapat telefon pintar terpilih secara percuma.
“Selain promosi ini, Clixster juga menyediakan promosi lain di mana bagi mereka yang melanggan dengan kami, data bulanan hanya bernilai RM27 1G dan tanpa had.
“Selain itu, pelanggan turut berpeluang membuat panggilan percuma antara pengguna Clixster dengan setiap tambah nilai yang dilakukan,” katanya kepada media, di Serdang, semalam.
Menurut Noor Azlan, selain rebat RM200, Clixster juga ada menyediakan peluang pertukaran telefon lama kepada telefon pintar, sekali gus membantu sasaran kerajaan untuk menghapuskan telefon 2G dan beralih kepada telefon 3G.


Klik untuk mendaftar Rebat Telefon Pintar RM200 SKMM
Clixster Mobile Tawarkan 100 000 Smartphone Percuma