Harga Honda Jazz terkini


HONDA Malaysia menyasar untuk menjual 500 unit model CKD yang baru dilancarkan, Honda Jazz Petrol, dalam sebulan, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Yoichiro Ueno.
   
Ueno berkata sasaran berkenaan berdasarkan kepada permintaan semasa daripada pelanggan terutama pasaran sasarannya, termasuk graduan baru dan eksekutif muda.
   
"Ia merupakan kereta komponen terurai (CKD) pertama dalam sejarah Honda Malaysia yang di bawah RM75,000.
   
"Harganya RM74,800, atas jalan, dengan insurans.
   
"Bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman dalam tempoh sembilan tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kereta berkenaan di sini hari ini.



Beliau berkata pengeluaran Honda Jazz Petrol CKD adalah selaras dengan hala tuju global Honda meningkatkan kos daya saing bagi menyediakan produk nilai jenama yang tinggi pada harga yang berpatutan.   
   
Ueno berkata Honda yakin model baharu berkenaan akan memacu sasaran jualannya sebelum ini sebanyak 64,000 unit bagi tahun ini.
   
"Dengan sokongan daripada pusat pembangunan dan penyelidikan baru kami, kami akan meningkatkan kandungan tempatan kami.
   
"Dengan 64 pengedar Honda di bandar raya utama dan pekan, kami yakin jualan yang tinggi dan pelanggan yang meningkat juga akan disokong dengan bertambahnya rangkaian pusat 3S (jualan, penyenggaraan dan alat ganti) kami dan and 4S," katanya.
   
Honda Jazz Petrol berkenaan didatangkan dalam empat warna iaitu putih, metalik perak, metalik perang dan hitam. - Bernama

HARGA HONDA JAZZ 2015



Untuk malumat lebih lanjut, sila layari Harga Honda Jazz CKD
Harga Honda Jazz terkini