Internet Malaysia Lebih Pantas Menjelang Oktober 2013 Ini


Pengguna Malaysia bakal menikmati kelajuan internet pada tahap lebih tinggi apabila kapasiti jalur lebar negara dinaiktaraf. Menurut Pengerusi The Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin, usaha penambahbaikan tersebut merupakan peningkatan 300 peratus dengan kapasiti sedia ada.

Ketika ini, MyIX dalam proses menaiktaraf kapasiti jalur lebar dari 10 Gbps kepada 40 Gbps dan usaha ini bakal siap sepenuhnya menjelang Oktober. Ia bagi menampung keperluan penggunaan internet yang semakin berkembang.


Pada tahun 2006, kadar penggunaan internet ialah 288 Mbps dan sehingga kini, ia meningkat lebih daripada 25,000 Mbps. Kok Hin menyatakan penggunaan telefon pintar dan laman media sosial yang meluas telah meningkatkan kadar penggunaan internet di Malaysia.

Myix yang ditubuhkan pada tahun 2006 bertujuan untuk mengurangkan kesan "boomerang" yang menyebabkan sambungan internet menjadi perlahan. Kewujudan persatuan yang menggabungkan 54 pembekal perkhidmatan internet (ISP) itu turut merendahkan kos bagi pengguna melayari internet.

Sumber: http://www.astroawani.com/
Internet Malaysia Lebih Pantas Menjelang Oktober 2013 Ini