Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Akan Dibuka Oktober 2013 ini


Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada orang ramai pada Oktober ini, iaitu lewat sebulan daripada jangkaan awal pada September, ekoran kejadian tanjakan runtuh pada awal Jun lalu.

"Setakat ini, semua pakej kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tetap diteruskan, kecuali pakej 3A yang membabitkan bahagian tanjakan," menurut sumber daripada JKSB itu kepada Utusan Malaysia.


JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan itu yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang.

Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

Pembinaannya membabitkan perbelanjaan RM4.5 bilion.

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Akan Dibuka Oktober 2013 ini