Jumlah BR1M Akan Ditambah Pada Bajet 2014


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah nilai peruntukannya pada Belanjawan 2014 yang akan dibentang pada Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan komited untuk menyediakan belanjawan terbaik untuk rakyat dan perlu terlebih dahulu melihat kedudukan tahunan kewangan negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menyasarkan untuk menurunkan defisit negara dari 4 peratus kepada 3.5 peratus pada 2014 dan seterusnya kepada 3 peratus pada 2015.


Tegas Perdana Menteri, keutamaan kerajaan pada Parlimen ke-13 yang mula bersidang hari ini adalah kepada usaha-usaha untuk menunaikan AkuJanji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Perbincangan tentang Bajet 2014 akan bermula minggu depan. Saya bagi pihak kerajaan berbesar hati untuk menjemput rakyat jelata menyuarakan pandangan serta pendapat bernas berhubung pelan belanjawan negara untuk tahun depan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau hari ini.

"Sesungguhnya kami komited untuk terus mendengar suara rakyat, dan kami akan meletakkan kepentingan rakyat jelata sebagai teras kukuh dalam rangka perbelanjaan tahunan negara," katanya. - BERNAMA

1 comment... add one now

ceritaapakah.com ceritaapakah.com 1:15 AM
dengan cerita akan diberikan dua kali sekali bagi rm250 boleh baca di blog cerita apakah