Masterchef: Resepi Nasi Dagang


Bahan :

2 cupak beras siam
11/2 tin susu besar beras pulut
1/2 biji kelapa
12 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia
1 sudu halba
sedikit garam dan gula

Cara Membuat :

Beras dibersihkan dan rendam selama 6 jam.

Kelapa di parut dan diambil pati sebanyak 6 gelas, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Halia, bawang merah dan halba dicampur dan direndam selama sejam.

Beras dikukus sehingga masak. Kemudian diangkat barulah diadun dengan air kelapa supaya kelihatan berminyak.

Kukus sekali lagi  dan masukkan halba, bawang merah dan halba serta kukus sehingga masak.

Akhir sekali tuangkan pati santan dan kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan.


Masterchef: Resepi Nasi Dagang

sedap makan buka puasa ni kan