Masterchef: Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan:

1 paket 30g rempah rendang.
1 ekor ayam (dipotong 12).
1 biji kelapa (diambil santan).
3 inci lengkuas (ditumbuk halus).
1/2 biji kelapa parut (ditumbuk halus).
10 sudu besar kerisik.
3 helai daun kunyit (dipotong halus).
2 helai daun limau purut.
3 batang serai (diketuk).
4 batang serai (dipotong nipis).
1 inci halia (ditumbuk).
15 sudu besar minyak.
100g biji gajus (digoreng).
5 sudu besar air asam jawa.
Garam dan gula secukup rasa.

Ditumbuk:

1 inci kunyit hidup.
15 biji bawang merah.
2 biji buah keras.

Cara Membuat:


1.Panaskan minyak. Tumiskan lengkuas, tiga batang serai, dan halia hingga naik bau.

2.Kemudian masukkan rempah dan ayam. Masak sehingga 1/4 masak.

3.Masukkan santan, kerisik, kunyit, bawang, buah keras, air asam jawa, garam, dan gula sampai            3/4 masak.

4.Kemudian masukkan kelapa parut, daun kunyit, empat batang serai, dan biji gajus.

Masterchef: Resepi Rendang Ayam