Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA


PENGENALAN

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0.


OBJEKTIF
  • Untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan kanak-kanak.
  • Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.
  • Meningkatkan guna tenaga wanita dalam pasaran pekerjaan.

KRITERIA PERTIMBANGAN
  • Kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun, mendapat asuhan dan didikan di TASKA berdaftar dengan JKM.
  • salah seorang ibu/bapa/penjaga adalah warganegara.
  • pendapatan perkapita ibu bapa/penjaga adalah di bawah RM500 sebulan
  • semua TASKA institusi yang mempunyai akaun semasa dan diusahakan oleh warganegara.

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

Kadar subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak diberi mengikut kadar yuran sebenar yang dibayar oleh ibu bapa/penjaga bagi seorang kanak-kanak di TASKA, tetapi tidak melebihi nilai maksimum yang ditetapkan mengikut pendapatan perkapita ibu bapa/penjaga seperti jadual berikut :


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kriteria dan syarat,kadar subsidi yuran pengasuhan, cara memohon dan borang permohonan,sila download; 

Garis Panduan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska

Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak adalah pada 31 Mei 2013 bagi Fasa 1 dan pada 31 Ogos 2013 bagi Fasa 2.

Sumber: http://www.jkm.gov.my/
Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA