Taman Tema Air - Legoland Water Park Dibuka Pada Oktober 2013


Legoland Malaysia Resort akan secara rasminya membuka Taman Tema Air Legoland pada 21 Oktober tahun ini.

Pengurus Besarnya, Siegfried Boerst berkata taman air yang kini 75 peratus siap, akan menarik lebih banyak pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Taman Tema Air Legoland akan meningkatkan keseronokan kepada keluarga dengan anak-anak berusia 2-12 tahun.


"Taman Air menawarkan lebih 20 gelongsor air dan lebih 70 model Lego di antara tarikannya," kata beliau di sidang media di sini Khamis.

Antara yang paling menarik termasuk Build-A-Raft River dan Joker Soaker.

"Build-A-Raft River adalah konsep unik di mana kanak-kanak boleh membuat rakit mereka sendiri menggunakan kepingan Lego lembut dan Joker Soaker ialah platform interaktif dalam kolam cetek di mana kanak-kanak boleh bermain meriam air dihiburkan oleh model pelawak Lego sementara 77 liter air dicurahkan ke atas mereka," kata beliau.

Taman air itu juga menampilkan dua restoran, pondok kabana untuk disewa dan kedai jualan runcit.

Maklumat lanjut seperti harga tiket boleh didapati di Legoland Malaysia.

0 comment... add one now