Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) bantu Bumiputera



Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk terus membantu masyarakat bumiputera di negara ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, lima fokus utama dalam agenda berkenaan dilihat selaras dengan perlembagaan negara yang memperuntukkan hak-hak istimewa bumiputera.

“Saya melihat pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri satu pengumuman yang amat baik kerana kita lihat dalam sejarah pembangunan orang Melayu dan bumiputera, kita masih tidak mampu untuk berdiri sepenuhnya tanpa bantuan daripada kerajaan kerana padang (ekonomi) itu masih tidak sama rata.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan akan mengangkat dan memberi ruang dari segi ekuiti dan pendidikan yang telah mendapat perlindungan perlembagaan, jangan lupa apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri selaras dengan perlembagaan negara,” katanya.



Agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB) bantu Bumiputera