Suspek bunuh pengawai operasi AmBank ditangkap



Genap 19 hari pemburuan pasukan polis terhadap pengawal keselamatan yang membunuh seorang pengawai operasi AmBank di Subang Jaya, Selangor pada 23 Oktober lalu, suspek warga Indonesia itu akhirnya berjaya ditangkap hari ini.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pukul 7 pagi ini.

Difahamkan suspek tidak menetap di kampung itu sebaliknya sering berpindah-randah di beberapa rumah termasuk di premis kosong untuk dijadikan tempat persembunyian bagi mengelak aktivitinya dikesan polis dan orang ramai.


Suspek juga dipercayai sukar untuk mendapatkan bantuan saudara dan rakannya untuk keluar dari negara ini berikutan pemantauan ketat pihak berkuasa.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wang rompakan RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu ditemukan semula. Polis sebelum ini merampas wang berjumlah RM20,000 selepas menahan tiga suspek termasuk isterinya.

Suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan kemudian disahkan sebagai warga asing dan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan itu.





Suspek bunuh pengawai operasi AmBank ditangkap