Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat



Jumlah mangsa banjir di Terengganu Rabu pagi terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding Selasa malam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam.

Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Setakat 8 pagi ini, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.

"Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat

semoga mereka selamat hendak nya..