Permohonan BR1M dibuka pada 23 Disember hingga 31 Januari 2014



Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka pada 23 Disember ini sehingga 31 Januari 2014 depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan itu, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula, mereka boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Permohonan BR1M dibuka pada 23 Disember hingga 31 Januari 2014