BR1M 3.0 diagih pada pertengahan Februari ini

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini sekali gus meringankan bebanan kos sara hidup mereka.

Menurutnya, kenaikan harga barang berlaku berikutan rantaian bekalan yang wujud apabila pihak pemborong menaikkan harga tidak berpatutan ke atas peruncit dan kesan musim tengkujuh yang melanda.

Artikel Penuh:  http://kosmo.com.my/
BR1M 3.0 diagih pada pertengahan Februari ini

Tahniah kepada yang layak..lagi dua minggu dapat duit ni...