Real Madrid kelab paling kaya di dunia


Real Madrid dan Barcelona mencatat pendapatan tertinggi untuk kali kelima berturut-turut, sementara Manchester United buat kali pertama terkeluar daripada kelompok tiga teratas kelab bola sepak terkaya.

United, yang sedang merudum sejak diletakkan di bawah pengurus baharu, David Moyes jatuh ke tangga keempat di belakang juara Eropah, Bayern Munich dalam Liga Kewangan Bola Sepak, menurut kajian firma perakaunan Deloitte.

Madrid kekal di kedudukan teratas buat kali kesembilan berturut-turut apabila pendapatan kelab itu meningkat sedikit kepada 518.9 juta euro (RM2.35 bilion), sementara pesaing mereka Barcelona mencatat perolehan sebanyak 482.6 juta euro (RM2.19 bilion).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
Real Madrid kelab paling kaya di dunia