Daftar Online SL1M Skim Latihan 1Malaysia

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills-Training dan On-Job-Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang menyediakan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta. Selain itu, graduan juga diberi pendedahan serta pengalaman kerja yang sebenar di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Program SL1M telah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari GLCs dan syarikat swasta (kecil, sederhana dan besar) serta para graduan semenjak dilancarkan pada 1 Jun 2011. Statistik setakat Mei 2013 telah menunjukkan Sekretariat SL1M telah menerima sebanyak 30,057 pemohonan graduan yang telah berdaftar dengan SL1M dan JobsMalaysia. Sebanyak 120 GLCs dan syarikat swasta telah menyatakan minat menyertai program SL1M secara CSR dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Bagi Sesi 2012/2013, seramai 10,897 graduan telah diterima masuk dan mendapat tempat di dalam Program SL1M. Daripada jumlah itu, seramai 9,250 (85%) graduan telah berjaya memperolehi pekerjaan manakala seramai 1,647 (15%) graduan lagi sedang dibantu dan masih menjalani latihan di syarikat-syarikat yang terlibat di bawah Program SL1M.

Struktur Latihan dan Modul

1.Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Soft-Skills Training- 2 Bulan
(Elaun bulanan peserta semasa ‘Soft-Skills Training' – minimum RM 1,000)
  • Communication
  • Creative & Analytical Thinking
  • Organisational Adaptability
  • Value Driven Professional and
  • Grooming & Etiquette
2.Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:

Latihan di dalam kelas
  • English for Business Communication
  • English Language Proficiency
  • Financial Management
  • Entrepreneurship
  • Self-Motivation Drive
  • Self-Discipline
  • Physical & Spiritual Enhancement
  • Interpersonal Relationships
Latihan di luar kelas
  • Team Building
  • Event Management Activities
  • CSR Projects
  • Physical Exercise & Discipline Building
  • Taekwondo
  • Marching (Berkawad)
  • Sports and others
  • Religious, Spiritual & Moral Values Enhancement
3.On-Job-Training - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa ‘On-Job-Training' – minimum RM 1,000)

4.Penempatan Pekerjaan (Job Placement)
Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir

Terma dan syarat
  • Graduan mestilah Warganegara Malaysia
  • Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  • Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
Daftar Online SL1M Skim Latihan 1Malaysia