10000 individu berpendapatan sederhana bakal nikmati skim MyHome

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kira-kira 10,000 individu berpendapatan sederhana bakal menikmati bantuan kewangan maksimum RM30,000 menerusi Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

 Menerusi skim yang bakal dilaksana pada April, pembeli yang layak boleh menggunakan bantuan itu sebagai wang pendahuluan untuk membeli rumah.

Skim MyHome adalah insentif kepada pemaju perumahan untuk mendorong mereka membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah.

Skim MyHome diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas.

Skim MyHome adalah projek perumahan baharu yang diluluskan mulai 1 Jan 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

BERNAMA

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,
10000 individu berpendapatan sederhana bakal nikmati skim MyHome