2.1 juta permohonan BR1M sedang diproses

Sejumlah 8.1 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterima sehingga 3 Mac lalu dengan 6 juta diluluskan membabitkan peruntukan RM3 bilion manakala baki 2.1 juta lagi sedang diproses.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah yang diluluskan, sebanyak 3.8 juta adalah penerima isi rumah manakala baki 2.2 juta adalah penerima individu bujang.

Bantuan BR1M yang diberikan secara menyeluruh kepada semua yang layak, membantu meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah terutamanya dalam pembayaran bil utiliti, ubat-ubatan, pakaian dan membeli barangan keperluan.

BERNAMA

Sumber: http://www.bharian.com.my
2.1 juta permohonan BR1M sedang diproses