Masterchef: Resepi nasi lemak

Bahan-bahan :

2 pot beras (dibersihkan).
1 1/2 biji kelapa (santan secukupnya).
3 biji telur rebus.
1 helai daun pandan.
Sedikit garam.
Ikan bilis goreng.
Kacang goreng.

Bahan sambal tumis :

300gm ikan bilis goreng.
1 biji bawang besar (dihiris bulat).

Dikisar :

20 tangkai cili kering.
10 ulas bawang merah.
Sedikit belacan.

Tidak dikisar :

Sedikit air asam jawa, garam, gula, dan minyak masak.

Cara-cara membuat nasi lemak :

1. Masukkan beras, garam, daun pandan, dan santan secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga kering.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan (A) hingga garing. Tuangkan air asam jawa secukupnya.

3. Apabila mendidih, masukkan bawang besar, gula, garam, dan ikan bilis goreng. Masak sehingga sambal pekat.

4. Cara menghidang : Sendukkan nasi lemak ke dalam pinggan. Bubuhkan sambal tumis, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus. 

Sesuai juga dihidangkan dengan sambal kerang, sambal sotong, sambal udang atau sambal ayam.
Masterchef: Resepi nasi lemak

Wah resepi kat sini. Gambar tak ada ke?