Surat jawapan kepada individu belum terima BR1M

Surat mengandungi baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah dihantar kepada mereka yang masih belum menerimanya menerusi bank, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata antara punca mereka gagal menerima BR1M ialah kerana tidak mengemas kini maklumat peribadi, nama dalam kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam akaun bank dan mereka didapati tidak layak menerimanya berdasarkan pendapatan bulanan mereka.


"Surat berkenaan mengandungi surat jawapan sama ada mereka layak atau tidak layak menerima BR1M. Sekiranya berjaya, mereka akan menerima baucar BR1M," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi MyResults di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata mereka yang gagal menerima BR1M boleh membuat rayuan dengan merujuk ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di www.hasil.gov.my atau pergi terus ke pejabat LHDN yang terdekat.

Semakan keputusan dan status permohonan BR1M 3.0

Sumber: http://www.bharian.com.my
Surat jawapan kepada individu belum terima BR1M