Collagen Slim, Beautiful Body Slim dan Figure Up beracun

Produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Para pengguna  dinasihat menghentikan segera pengambilan produk tersebut.


Datuk Eisah Abdul Rahman, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.

Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012 kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular.

Collagen Slim, Beautiful Body Slim dan Figure Up beracun

Kena hati-hati beli produk pelansing ni. Ada yang memang berkesan tapi bahaya. So kena elakkan..

nyimak aja sob :) thx kunjungannya di http://sirojjblogger.blogspot.com/

Hai. Saya singgah sini.