Facebook kini diancam pepijat Heartbleed

Pemilik akaun Facebook kini perlu lebih berhati-hati dengan pautan link berantai yang disyaki mengandungi pepijat Heartbleed yang mampu untuk menggodam akaun pengguna.

Pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui lagi sehingga kini asal-usulnya mampu untuk mencuri data peribadi pemilik akaun Facebook bagi tujuan yang  tidak baik.

Pengguna media sosial menjadi sasaran pepijat Heartbleed kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

Sebaik sahaja pautan atau link itu ditekan, hacker boleh mengakses semua data peribadi pemilik akaun termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

Facebook kini diancam pepijat Heartbleed