Keyboard Warrior: Juara di sebalik skrin komputer

Apa itu Keyboard Warrior ? ‘Keyboard warrior’ atau juara papan kekunci ditafsirkan sebagai individu yang cuba menjadi hero di kalangan masyarakat dengan menyampaikan sesuatu pendapat yang dirasakan sahih baginya tetapi ‘menyorok’ di sebalik skrin komputer.

Golongan ini dianggap hanya berani melontarkan suara dan pendapat melalui media sosial terutama Facebook dan blog.

Secara realitinya perwatakan mereka tidaklah seberani seperti digambarkan melalui luahan di Internet.

Golongan ini dilabel negatif kerana komen dan pendapat lebih terarah kepada menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang dimaksudkan.

Kewujudan media sosial secara tidak langsung melahirkan lebih ramai ‘cendikiawan’ baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Istilah ini terus meluas merangkumi cara seseorang dalam mempertahankan pendapatnya terhadap sesuatu hal.

Mungkin ramai bersetuju apabila berkongsi komen dan pendapat membuktikan kebebasan bersuara dan membaca melalui Internet.

Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembangunan minda masyarakat, tetapi memaki hamun dan menulis kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang.

Keyboard Warrior: Juara di sebalik skrin komputer