Latihan khas guru mengenai PBS bermula April ini

Latihan khas mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan diberikan kepada guru di seluruh negara bagi membantu mereka memahami sepenuhnya sistem pentaksiran itu mulai April ini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Latihan tersebut merupakan satu daripada langkah selain sesi taklimat PBS yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru.

KPM juga akan mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran serta kepakaran guru memeriksa jawapan. - Bernama

Latihan khas guru mengenai PBS bermula April ini