E Penyata Gaji (ANM Official)

Semakan Penyata Gaji Online / E-Penyata Gaji / Download Slip Gaji Online.

E-Penyata Gaji Online (e-Gaji) oleh ANM.  E Penyata merupakan satu cara yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan semua Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online.

Penyata gaji ini sangat penting bagi mereka untuk menyemak kadar gaji dan kadar kenaikkan gaji secara online. Penyata ini akan digunakan untuk membuat pinjaman, membayar cukai LHDN dan lain-lain perkara yang penting bagi kakitangan kerajaan awam Malaysia.

Cara Semak E Penyata Gaji Online (Klik Di Bawah)


Semoga anda dapat memeriksa dan mencetak slip gaji anda untuk pelbagai tujuan. Diharap anda juga sentiasa mengisi dan mengapply kenaikkan gaji setiap tahun. Antara perkara yang perlu dibuat ialah rajin ke kursus sehingga dapat naik pangkat dan seterusnya tangga gaji anda pasti akan dinaikkan.

Untuk semak e-penyata gaji, anda hanya perlu klik link Jabatan Akauntan Negara Malaysia di bawah. Kemudian sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata laluan anda. Kemudian klik semak.

  Semakan E-Penyata Gaji Online (e-Gaji)  Klik DiSini

  Klik Disini untuk Jadual dan tarikh gaji Kakitangan Awam 2017

Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.

Sistem e-Penyata Gaji akan mengalami gangguan akses yang terhad atau dalam status sistem maintenance dari masa ke semasa untuk maintainance dan update sistem. Gangguan akses adalah merupakan rutin untuk menentukan operasi sistem yang lebih baik dan selamat daripada penggodam sekaligus meningkatkan mutu perkhidmatan laman penyata gaji online. 

Sila rujuk kepada tatacara dan panduan penggunaan diatas jika anda perlukan cara login ke dalam sistem epenyata gaji online.

Diharapkan agar semua pembaca Malaysia Stream dapat manfaat daripada post blog ini. Diharapkan agar anda share dan sebarkan jika anda rasa laman ini bermanfaat untuk anda. Terima Kasih.

{ 19 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 5:23 PM
Nak access portal e-penyata ni sikit punya payah. Server error 404 memanjang. Tak reliable langsung!
AnonymousAnonymous 1:42 PM
Adoii.. Da seminggu xleh nk log in utk cek payslip!
AnonymousAnonymous 3:06 PM
Server jam bro. Ramai sangat yang check bonus dengan tunggakan dah masuk
Wak Mustarjo Yoko OnoWak Mustarjo Yoko Ono 10:49 PM
Untunglah orang kerja kerajaan ni kan..hmmmm
AnonymousAnonymous 11:06 PM
tah apa2 punya sistem. buek malu jer.
dalin salim dalin salim 6:24 AM
E gaji pun jerebu
AnonymousAnonymous 8:58 PM
Nak tanya if sempat download gaji tahun2 lps, ada cara x nak download balik, tq
rusli mohd. noor rusli mohd. noor 7:09 PM
Mmg betul...cukup2 payah nk log in...
azam ajam azam ajam 2:24 PM
Nak daftar kali pertama bukan main susah..padahal no gaji dah betulllll
RIS-FAMILI RIS-FAMILI 10:05 PM
Oooo... untuk gomen je.
Tak la bertimbun2 slip gaji untuk disimpan.
mohd dillah akup carlos mohd dillah akup carlos 1:04 AM
Kenapa tak dapat log in sdh.ada problm betul sistem ni.bgs lg mcm dulu
AnonymousAnonymous 5:39 AM
menyusahkn x bleh tgk pon
Unknown Unknown 8:26 PM
Buka buat sakit hati je....
AnonymousAnonymous 8:41 PM
Cangih apa cam ni
UPU UPU 7:38 PM
selalu ada gangguan sistem. jem kot..
AnonymousAnonymous 9:30 PM
Kenapa x bley nk log in arr??
eyfa zuelaifa eyfa zuelaifa 2:07 PM
Apa maksud no. Gaji yg kat first time sign up tu ehh ?
al al 8:19 PM
banyak kali dah log in tapi masih jga tdak dapat2,btl2 buang masa saja buka huhhhh... nk cek pun ssh