Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Sentral

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Seremban Sentral di sini akan mengandungi 3,196 unit yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2017.

Pembangunan PR1MA di kawasan berkenaan akan dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama terdiri daripada 1,504 unit dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan manakala selebihnya akan siap dalam tempoh 36 bulan.

Projek yang terletak di belakang stesen kereta api Seremban ini, mempunyai keluasan kira-kira 23.08 hektar dan kawasan ini kelak akan dilengkapi dengan kemudahan seperti LRT, perkhidmatan bas, pejabat komersial, pusat membeli belah, bangunan kesihatan, kampus pendidikan, taman rekreasi dan sebuah hotel.

Harga bagi kesemua rumah ini dijamin 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Sebelum kita meletakkan harga bagi setiap unit ini, kita akan mengkaji terlebih dahulu anggaran pendapatan kesemua pemohon agar kita dapat tentukan harga yang semua orang mampu milik. Malah saiz dan ukuran rumah berkenaan juga sama seperti pihak hartanah sediakan iaitu antara 850 kaki persegi dan 1,214 kaki persegi.

Setakat ini kira-kira 12,000 bakal pembeli telah mendaftar bagi rumah PR1MA di seluruh Negeri Sembilan dan hampir 8,000 untuk projek Seremban Sentral.

Sebanyak 700,000 pembeli yang berminat telah mendaftar di bawah Sistem Pendaftaran Nasional bagi seluruh negara.

Klik untuk Daftar Online PR1MA - Perumahan Rakyat 1Malaysia

0 comment... add one now